SEJARAH
Pengenalan kepada sejarah, visi dan misi Bahagian Penyelidikan & Perpustakaan
Bahagian Penyelidikan Parlimen Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Unit Penyelidikan) mula ditubuhkan pada Oktober 2005. Pada peringkat awal penubuhannya, Unit Penyelidikan hanya mempunyai 10 (sepuluh) orang pegawai penyelidik dan dibantu oleh seorang pembantu pejabat.
Selari dengan keperluan tugas yang semakin meningkat, unit ini telah distruktur semula dan telah dinaiktaraf menjadi Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan (BPP) pada 1 Januari 2014, melalui Arahan Pentadbiran Bil. 1/2014, Rujukan PAR.KPPM/1.1 (3).
Empat seksyen baharu telah diwujudkan iaitu Seksyen Ekonomi, Seksyen Sosial, Seksyen Sains, Tenaga dan Teknologi serta Seksyen Antarabangsa dan Keselamatan. Sehingga kini, bahagian ini mempunyai seramai 15 (lima belas) orang penyelidik yang diketuai oleh seorang Setiausaha Bahagian (SUB).
Pegawai Penyelidik Parlimen merupakan individu yang mempunyai pengalaman pekerjaan 10 tahun dan ke atas di dalam bidang-bidang tertentu dan mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sarjana/ Sarjana Muda di dalam jurusan undang-undang; ekonomi dan kewangan; sains, teknologi dan alam sekitar; sains politik dan perhubungan antarabangsa dan sains sosial.
Seksyen Antarabangsa dan Keselamatan
Seksyen Ekonomi
Seksyen Sains
Seksyen Sosial
Visi
Parlimen Malaysia sebagai institusi perundangan yang bebas, berwibawa dab bertaraf dunia.
Misi
Pemposisian Penyelidikan dan Perpustakaan Bertaraf Dunia.
ALAMAT
Bahagian Penyelidikan Dan Perpustakaan
Aras Bawah, Blok Utama,
Bangunan Parlimen,
Parlimen Malaysia,
50680,Kuala Lumpur
No.Tel: +603 2698 8731 Faks: +603 20269785
E-mel: admin.eprs@parlimen.gov.my
electronic-Parliamentary Research System (e-PRS)
Kemaskini Terakhir pada: 30/06/2020
Paparan menarik, 1440 x 949 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.