Kuala Lumpur, 15 Julai : Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan (BPP) Parlimen telah mengadakan sesi suai kenal bersama Speaker  Dewan Rakyat, Yang di-Pertua Dewan Rakyat YB Datuk Azhar Azizan Harun.

Sesi suai kenal yang diadakan  bertujuan untuk memberi pengenalan mengenai  latar belakang BPP serta peranan bahagian di dalam  institusi Parlimen. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian (SUB) BPP, Puan Norlizawaty Abdu Samad merangkumi aspek skop tugasan penyelidikan dan perkembangan terbaru mengenai Perpustakaan Parlimen Malaysia.

Sesi tersebut juga dihadiri oleh Ketua Pentadbir Parlimen, Datuk Kamis Samin, empat belas (14) orang pegawai penyelidik dan tiga (3) orang kakitangan perpustakaan yang diketuai oleh seorang pustakawan.

 

Scroll Up