SOALAN LAZIM

Bagaimanakah caranya untuk memohon hasil penulisan penyelidikan yang lengkap berdasarkan abstrak penyelidikan yang dipilih melalui laman ini?

Anda perlu membuat permohonan secara rasmi melalui e-mel ke alamat admin.eprs@parlimen.gov.my. Maklumat lengkap profil diri pemohon dan alasan munasabah keperluan permohonan perlu dinyatakan untuk pertimbangan.

Adakah orang awam boleh memohon untuk menggunakan sistem e-PRS?

Tidak. Sistem ini hanya untuk kegunaan Ahli Parlimen sahaja.

Siapakah yang perlu dihubungi jika terdapat masalah teknikal berkenaan dengan e-PRS?

Masalah teknikal e-PRS adalah di bawah tanggungjawab Pentadbir Sistem, support.eprs@parlimen.gov.my

Dimanakah terletaknya Perpustakaan Parlimen Malaysia

Perpustakaan Parlimen Malaysia terletak di aras bawah blok Pentadbiran dan Ahli Parlimen

Apakah produk-produk penyelidikan yang disediakan oleh Pegawai Penyelidik Parlimen kepada ahli-ahli Parlimen?

Produk-produk penyelidikan yang disediakan oleh Pegawai Penyelidik Parlimen kepada Ahli-ahli Parlimen adalah seperti Nota Perbahasan, Analisis Rang Undang-undang, Nota Ikhtisar & Percakapan dan Isu Khusus.

Apakah itu Nota Perbahasan?

Nota Perbahasan adalah nota ringkas menghuraikan isu tertentu dengan tujuan memberikan maklumat kepada Ahli Parlimen agar dapat digunakan ketika perbahasan di dalam dewan.

Bagaimanakah saya ingin mendapatkan kertas penyelidikan secara penuh?

Capaian terhadap kertas penyelidikan penuh hanya diberikan kepada Ahli Parlimen dan login dengan kata laluan yang diberikan adalah diperlukan bagi mendapatkan kertas penyelidikan berkenaan.

Dimanakah terletaknya pejabat Bahagian Penyelidikan?

Bahagian Penyelidikan terletak di aras bawah Blok Utama (di bawah Lounge Senator).

Adakah saya boleh terus menghubungi Pegawai Penyelidik yang bertanggungjawab terhadap sesuatu isu tertentu untuk mendapatkan bahan penyelidikan?

Anda dinasihatkan untuk membuat permohonan tersebut melalui sistem e-PRS terlebih dahulu dan maklumat penyelidikan berkenaan akan disediakan oleh Pegawai Penyelidik yang ditugaskan oleh Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan Parlimen Malaysia.

Saya cuba mendapatkan perkara tertentu melalui penyata rasmi (hansard) Parlimen khususnya semasa Parlimen Majlis Perundangan Persekutuan (The Federal Legislative Council), bagaimanakah caranya?

Anda boleh membuat permohonan secara rasmi melalui sistem e-PRS dan terma permohonan biasa adalah terpakai untuk permohonan ini.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk suatu permohonan Ahli Parlimen disiapkan?

Maklumbalas permohonan akan dilaksanakan dalam tempoh 3 (tiga) hari bekerja dan tempoh masa menyiapkan hasil penyelidikan bergantung kepada jenis permohonan.

Saya adalah seorang penyelidik dari luar ingin mendapatkan bahan-bahan di Perpustakaan Parlimen Malaysia. Bagaimanakah caranya?

Perpustakan Parlimen Malaysia adalah terhad kepada kegunaan Ahli Parlimen dan kakitangan Parlimen Malaysia sahaja. Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan kebenaran daripada Ketua Pentadbir Malaysia dengan menghantar e-mel kepada admin.eprs@parlimen.gov.my

Saya akan menghadiri satu persidangan dalam negara/luar negara sebagai seorang Ahli Parlimen. Bagaimanakah saya mendapatkan nota percakapan berkenaan persidangan berkenaan?

Sekiranya persidangan yang dihadiri adalah atas kapasiti mewakili Parlimen Malaysia secara rasmi, sila berhubung dengan Bahagian Perhubungan Antarabangsa dan Protokol Parlimen Malaysia untuk tujuan berkenaan.

Saya bukan seorang Ahli Parlimen tetapi saya berminat untuk mendapatkan kertas penyelidikan yang diterbitkan dalam laman ini, bagaimanakah caranya?

Anda perlu membuat permohonan secara rasmi melalui e-mel ke alamat admin@parlimen.gov.my. Maklumat lengkap profil diri pemohon dan alasan munasabah keperluan permohonan perlu dinyatakan untuk pertimbangan.

Bagaimanakah sekiranya saya tidak berjaya login ke dalam sistem e-PRS?

Tekan pada butang 'Lupa password' dan arahan seterusnya akan dihantar ke e-mel anda. Sekiranya masih bermasalah, anda boleh menghubungi pentadbir sistem di support.eprs@parlimen.gov.my

Apa itu Isu Khusus?

Nota isu khusus adalah penulisan yang mengandungi perbincangan isu semasa yang spesifik terhadap isu-isu tertentu.

Apa itu Analisis Rang Undang-undang?

Analisis Rang undang-undang adalah penerangan dan analisis awal berhubung dengan sesuatu rang undang-undang yang bakal dibentangkan ke dalam Parlimen bagi tujuan pembuatan undang-undang baru, pindaan atau memansuhkan undang-undang tersebut.

Produk penyelidikan ini disediakan dengan tujuan untuk memudahkan Ahli-ahli Parlimen yang terlibat di dalam perbahasan rang undang-undang tersebut dapat memahami tujuan, prinsip-prinsip penting pembuatan, pindaan atau pemansuhan sesuatu rang undang-undang tersebut.

Apa itu Nota Ikhtisar dan Percakapan?

Nota Ikhtisar dan Percakapan mengandungi dua bahagian; pertama, nota ini mengandungi fakta-fakta berhubung dengan dasar kerajaan berhubung dengan sesuatu isu yang bakal dibincangkan di dalam persidangan yang bakal disertai Ahli Parlimen / delegasi Ahli Parlimen Malaysia ke persidangan-persidangan antarabangsa seperti Commonwealth Parliamentary Association (CPA), Asean Inter-Parliamentary Association (AIPA), Inter-Parliamentary Union dan sebagainya.

Bahagian kedua nota percakapan pula merujuk kepada cadangan-cadangan idea yang munasabah dan relevan yang boleh diketengahkan Ahli Parlimen/ delegasi Ahli-ahli parlimen di dalam persidangan antarabangsa yang disertainya itu.

Slick Playground

 

 

 

 

 

 

 

Kemaskini Terakhir pada: 30/06/2020
Paparan menarik, 1440 x 949 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.

 

Scroll Up