Pada 6 Oktober 2021, Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan telah dijemput untuk menyertai sesi Taklimat Berkaitan Bahagian Pengurusan Dewan Negara dan Kemudahan-kemudahan Ahli pada 1.00 tengah hari bertempat di Bilik Jamuan, Aras 2, Blok Utama, Parlimen Malaysia.

Pada sesi tersebut, Puan Norlizawaty Abdu Samad Setiausaha Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan telah menyampaikan taklimat berkenaan fungsi dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada senator baharu.  Kemudahan tersebut adalah permohonan penyelidikan bagi tujuan perbahasan di dalam dewan melalui sistem e-PRS dan kemudahan Perpustakaan Parlimen Malaysia. Para Senator juga dijemput untuk menyumbang penulisan kepada Jurnal Parlimen Malaysia terbitan Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan.

Sebelum itu, upacara tersebut telah dimulakan dengan ucaptama oleh YBrs. Tuan Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Negara kepada 12 orang senator baharu iaitu:

  1. YB Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong
  2. YB Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi
  3. YB Senator Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin
  4. YB Senator Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
  5. YB Senator Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan
  6. YB Senator Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff
  7. YB Senator Dato’ Ajis bin Sitin
  8. YB Senator Dato’ Juhanis binti Abd Aziz
  9. YB Senator Tuan Haji Aziz bin Ariffin
  10. YB Senator Tuan Seruandi bin Saad
  11. YB Senator Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek
  12. YB Senator Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya.

Puan Adlina Aisyah Ahmad Rusli, Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Perundangan dan Prosiding dan dibantu oleh Encik Nurzulhilmi Nozir Ahmad Penolong Setiausaha Kanan telah memberi penerangan berkenaan urusan Dewan Negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

Urusan hal ehwal ahli parlimen pula diperincikan oleh Encik Rosli Mat Jinun, Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen.

Sesi taklimat ini berakhir pada pukul 2.00 petang.

Scroll Up