Simposium Parlimen Malaysia 2021 buat julung kalinya telah berjaya dianjurkan pada 22 Oktober 2021 bersiaran langsung dari Perpustakaan Parlimen Malaysia. Edisi pertama Simposium Parlimen Malaysia telah memilih “Wanita dan Belia: Mewarnai Landskap Kepimpinan Negara” sebagai tema dengan pengisian dua forum iaitu “Kepimpinan Wanita: Satu Transisi Politik” dan “Belia Peduli Politik”. Ahli-ahli panel yang dijemput terdiri daripada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, ahli akedemik dan juga aktivis sosial bagi menggalakkan lagi percambahan pendapat dari pelbagai perspektif yang berbeza.

Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim telah sudi meluangkan masa untuk memberikan ucaptama sekaligus merasmikan program ini. Antara petikan dari ucapan YB Tan Sri

Justeru, seharusnya simposium ini diteruskan tahun demi tahun dan dijemput cerdik pandai perjuangan tanah air, menyampaikan pandangan mereka, susunan idea mereka dan mengemukakan apa apa sahaja yang berkaitan dengan demokrasi, hak hak wanita, hak hak belia, pengudian, perlembagaan, rukun negara dan sebagainya. Oleh kerana kita dinamakan sebagai Parlimen Malaysia, maka kedua dua dewan itu, Dewan Negara dan Dewan Rakyat dengan puncaknya Tuanku Yang di-Pertuan Agong memainkan peranan penting bagi merombak pemikiran dan langkah langkah utama supaya dapat cari semula inti pati perjuangan dan kehadiran kita diseantero tanah air yang memberi kita asakan supaya kita berjasa kepada rakyat dan tanah air.”

Simposium Parlimen 2021 telah disiarkan secara langsung melalui aplikasi Zoom, saluran YouTube Rasmi Parlimen Malaysia dan Facebook Rasmi Parlimen Malaysia serta telah berjaya menarik lebih dari 3,000 tontonan. Rakaman program masih boleh dilayari di pautan Youtube

Scroll Up