6 Disember 2022 – Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan (BPP) Parlimen Malaysia telah membuka kaunter pendaftaran Sistem Perkhidmatan Penyelidikan Parlimen Malaysia (e-PRS) sempena Majlis Taklimat kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat Parlimen Ke-15.
e-PRS merupakan sistem yang dibangunkan bagi permohonan penyelidikan data terkini, permohonan analisis berkaitan isu semasa dan lain-lain maklumat yang boleh membantu Ahli Parlimen ketika sesi perbahasan Dewan. Sistem ini juga membolehkan Bahagian Protokol dan Antarabangsa (BPAP) memohon ikhtisar dan nota percakapan (INP) untuk kegunaan Ahli Parlimen yang menghadiri persidangan Parlimen di dalam dan luar negara.
Seramai 115 orang Yang Berhormat Ahli Dewan Rakyat telah mendaftar sebagai pengguna sistem e-PRS pada hari tersebut.
Penerangan penggunaan sistem disampaikan oleh Puan Siti Mastura Oyop dan Cik Mas Liza Maslan merangkumi kaedah permohonan penyelidikan, semak status permohonan dan kaedah melayari produk penyelidikan.