3-6 Julai 2023 – Bengkel Akademi Parlimen: Special Select Committee telah diadakan pada bertempat di Avillion Port Dickson Negeri Sembilan. Program anjuran Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dengan kerjasama pihak National Democratic Institute Malaysia (NDI) secara umumnya bertujuan memberi pendedahan mengenai pelaksanaan sistem Congressional Committee United States of America (US) dan pelaksanaan sistem Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen Malaysia.

Program telah dihadiri oleh YB Pengerusi bagi setiap sepuluh (10) Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat yang ditubuhkan serta seorang ahli wakil setiap JKPK Dewan Rakyat, seorang wakil dari Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, 6 orang wakil daripada sekretariat JKPK Dewan Rakyat dan seorang pegawai penyelidik daripada Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan Parlimen Malaysia.

Sebanyak sebelas modul pembentangan telah dikongsikan oleh Mr Donald Sherman dan Mrs Maha Balakrishnan, pakar mengenai sistem dan pelaksanaan Congressional Committee United States of America (US) dan sistem JKPK Parlimen Malaysia. Sesi pembentangan dan taklimat meliputi pelaksanaan sistem jawatankuasa secara umum, punca kuasa, undang-undang dan garis panduan yang diguna pakai, peranan Pengerusi dan ahli JKPK, kekangan dalam pelaksanaan, keperluan atau persediaan setiap JKPK termasuk kakitangan dan logistik bagi memastikan JKPK dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Sesi perbincangan dua hala juga turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta bengkel menyuarakan persoalan dan pandangan mengenai isu perbincangan. Modul pembentangan dan pengisian aktiviti program boleh dilihat melalui https://bit.ly/BengkelJKPK?r=qr.

Scroll Up