4 – 5 Oktober, 2023 – Parliamentary Forum on Small Arms and Light Weapons (PFSALW) dengan kerjasama ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) telah menganjurkan Regional Seminar for Southeast Asia, bertempat di ASEAN Heritage, Jakarta, Indonesia. Seminar bertajuk “Connecting the Dots: Advancing the implementation of the Women, Peace and Security (WPS) Agenda by enhancing parliamentary capacity and action in Asia” ini telah disertai oleh Ahli Parlimen dan para pegawai dari negara ASEAN iaitu Cambodia, Filipina, Indonesia, Lao PDR dan Malaysia. Seminar ini diadakan bertujuan memperkasakan peranan Ahli Parlimen dalam perkara yang menyentuh proses keamanan dan keselamatan sejagat. Sehubungan itu, seminar ini memberi fokus untuk memperkasakan kefahaman dan kapasiti Ahli Parlimen berkaitan agenda Women, Peace and Security (WPS) seperti yang digariskan dalam kerangka United Nations Programme of Action to Prevent, Combat and Eradicate the Illicit Trade in Small Arms and Light Weapons in All Aspects (UN PoA).
Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YB. Datuk Jonathan bin Yasin, Ahli Parlimen Ranau dan turut sama ialah YB Dato’ Mumtaz binti Md Nawi, Ahli Parlimen Tumpat. Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan turut menghantar seorang Pegawai Penyelidik dari Seksyen Sosial dan Pembangunan Sumber Manusia untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam seminar ini.
Ucapan perasmian telah disampaikan oleh H.E. Ar. Siti Rozaimeriyanty Dato Haji Abdul Rahman, Setiausaha Agung AIPA dan diikuti oleh ucaptama daripada Jamshed Kazi iaitu wakil United Nations Women ke Indonesia dan Pegawai Perhubungan ASEAN, Karin Olofsson, Setiausaha Agung PFSALW serta Tak Mashiko selaku wakil United Nations Office for Disarmament Affairs’ UN Trust Facility Supporting Cooperation on Arms Regulation (UNSCAR). Seminar yang berlangsung selama dua hari ini padat dengan pengisian yang dirangka mengikut enam topik berikut:
● Session I: Towards A Peaceful, Secure and Stable Asia: Strengthening parliamentary action and capacity on combating non-traditional security issues in support of the Women, Peace and Security (WPS) Agenda.
● Session II: Promoting the synergies and parliamentary cooperation in Asia on the Women, Peace and Security Agenda and other relevant frameworks for peace and security, including the United Nations Programme of Action to Prevent, Combat and Eradicate the Illicit Trade in Small Arms and Light Weapons in All Its Aspects (UN PoA)
● Session III, Working Session I: Exchange of parliamentary experiences and best practices on strengthening the WPS-perspective in relation to sustainable development, peace and security processes.
● Session IV: National and regional instruments and legislative tools for implementing the WPS agenda and preventing SALW-violence.
● Session V, Working Session 2: Exchange of parliamentary experiences on the implementation of the WPS Agenda, linking to the UN PoA and other relevant frameworks for peace and security, and follow-up discussion on the previous regional PAP from 2022.
● Session VI, Working Session 3: Approval of revised regional Parliamentary Action Plan, with a specific focus on parliamentary recommendations on the WPS Agenda, UN PoA and other frameworks relevant to peace and security.
Ahli panel yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang masing-masing telah diundang untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan berkaitan isu Women, Peace and Security dalam konteks pelaksanaan dan pemakaian dasar, perundangan serta mekanisma pemantauan yang diguna pakai. Antaranya, pada Sesi 1, Susana Guadalupe Marcaida, Pengarah Eksekutif, Office for Local Conflict Transformation and Peace Sustainability, the office of the Presidential Adviser on Peace, Reconciliation and Unity (OPAPRU), Government of the Philippines, dan Ajeng Purnama Pratiwi, Pengarah Kanan bagi Poverty Eradication and Gender Division (PEGD) of ASEAN Secretariat. Semasa pembentangan ini, Susana Guadalupe Marcaida berkongsi pengetahuan berkaitan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Filipina dalam mendepani agenda Women, Peace and Security, manakala Ajeng Purnama Pratiwi pula berkongsi kepakaran beliau berkaitan agenda ASEAN Regional Plan of Action on Women, Peace and Security.
Pada Sesi II, pembentangan telah dilakukan secara dalam talian oleh kesemua ahli panel yang diundang, iaitu Ida Scarpino, Pegawai Perhubungan Politik, United Nations Regional Centre for Peace and Disarmament (UNRCPD), Max Menn, Associate Crime Prevention and Criminal Justice Officer, United Nations Office on Drugs and Crime, dan H.E. Police General Po Phak, Setiausaha bagi State of the Ministry of Interior of Cambodia, and Leader of SOMTC-Cambodia. Dalam pembentangan ini, ketiga-tiga ahli panel memberi fokus kepada aspek kesamarataan gender dan peranan Ahli Parlimen dalam melaksanakan United Nations Programme of Action to Prevent, Combat and Eradicate the Illicit Trade in Small Arms and Light Weapons in All Its Aspects dan lain-lain perkara berkaitan Women, Peace and Security, yang digariskan dalam konvensyen antarabangsa seperti Beijing Platform for Action dan Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW).
Setiap peserta diberi ruang untuk melakukan timbal balas terhadap topik yang dibentangkan oleh ahli panel. Dalam Sesi I, Ahli Parlimen dari Cambodia, Lao PDR dan Filipina dijemput untuk memberi timbal balas kepada isu yang dibentangkan oleh kedua-dua ahli panel mengikut perspektif negara masing-masing. Seterusnya, Sesi II pula menyaksikan Ahli Parlimen Cambodia, Lao PDR dan Malaysia iaitu YB Dato’ Mumtaz binti Md Nawi diberi ruang untuk memberi timbal balas dan berkongsi pandangan mereka mengikut perspektif negara masing-masing. Sesi IV pula menyaksikan ruang diberi kepada Ahli Parlimen dari Cambodia, Filipina dan juga Malaysia yang dibentangkan oleh YB Dato’ Mumtaz binti Md Nawi.
Peserta seterusnya dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu oren dan biru, untuk merungkai secara berkumpulan berkaitan topik yang dibentangkan dalam Sesi III, Sesi V dan Sesi VI. Ahli Parlimen Malaysia telah diberi penghormatan untuk membentangkan hasil perbincangan bagi setiap sesi, iaitu YB Datuk Jonathan Yasin, Ahli Parlimen Ranau telah membentangkan rumusan bagi Kumpulan Oren, manakala YB Dato’ Mumtaz binti Md Nawi, Ahli Parlimen Tumpat membentangkan hasil rumusan bagi Kumpulan Biru.
Seminar ini turut meneliti semula kerangka Parliamentary Action Plan (PAP) dan memasukkan cadangan yang lebih memberi impak serta relevan dengan pelaksanaan agenda Women, Peace and Security dan United Nations Programme of Action to Prevent, Combat and Eradicate the Illicit Trade in Small Arms and Light Weapons in All Its Aspects (UN PoA).