Kuala Lumpur, 6 April – Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan dengan kerjasama Unit Latihan telah menganjurkan program ‘Leadership Masterclass for Researcher’ pada 6 April 2021 bertempat di Dewan Bankuet 2, Blok Utama, Bangunan Parlimen Malaysia. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Razak School of Government yang dipimpin oleh Encik Ismail Johari Othman dan dibantu Encik Nazrul Syafiq. Pada sesi pagi, pengisian program dijalankan dalam bentuk penganalisaan terhadap dua kajian kes bertajuk ‘Houston, We Have a Problem: NASA and Open Innovation’ dan ‘How to Win Someone Over? Talk like they do.’ oleh Professor Raymond Madden, dari International University of Malaya-Wales bertujuan memperkembangkan pemikiran kognitif para peserta.Manakala sesi petang pula dijalankan dalam bentuk perkongsian pengalaman secara peribadi oleh dua tokoh yang berpengalaman luas dalam bidang kepimpinan dan urus tadbir iaitu Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia dan Datuk Dr. Waitchalla R.R.V Suppiah, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.
Pihak urus setia amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Nor Hayati Awang di atas kesudian Puan Ketua Pentadbir meluangkan masa menyampaikan ucaptama bagi program ini. Dalam ucapannya, Puan Ketua Pentadbir mengingatkan para peserta agar menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin untuk memperkasakan pengetahuan melalui perkongsian oleh ketiga-tiga fasilitator jemputan. Selain disertai oleh Pegawai-pegawai Penyelidik, program ini turut menarik penyertaan Setiausaha Dewan Negara,Setiausaha Bahagian Keselamatan, Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Pengurusan Sumber Manusia dan Inovasi, dan pegawai-pegawai dari Unit Latihan dan Kompetensi serta Bahagian Pengurusan Dewan Negara. Secara keseluruhannya, pengisian program ini mendapat maklum balas baik daripada para peserta (laporan dilampirkan).