6 Mei 2023 – Setelah hampir dua tahun mengusahakan penerbitan buku Parliament of Malaysia: Pillar of the Nation’s Democracy, akhirnya buku ini berjaya dicetak dan diterbitkan pada bulan April 2023. Majlis Pelancaran buku ini telah diadakan pada 6 Mei 2023 di Dewan Bankuet, bersekali dengan Majlis Perasmian Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2023. Upacara pemotongan riben dan menandatangani mock-up telah disempurnakan oleh YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Dato’ Johari Abdul dengan disaksikan oleh YB Datuk Aron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dan YBhg. Datuk Nor Yahati Awang.

Buku ini telah diterbitkan dalam bahasa Melayu pada tahun 2022 dengan nama Parlimen Malaysia: Tonggak Demokrasi dan Legislatif Negara. Usaha penterjemahan ke dalam bahasa Inggeris telah dilakukan oleh Seksyen Jurubahasa Serentak bagi Dewan Negara dan Dewan Rakyat, manakala bacaan penentu pula dilakukan oleh Pegawai Penyelidik.

Buku ini diharapkan dapat menjadi bahan rujukan utama bagi individu dan masyarakat yang ingin memperluaskan pengetahuan berkaitan institusi Parlimen dan perundangan negara.

Scroll Up