Khamis, 2hb Julai 2020
Kuala Lumpur: Sesi Perkongsian hasil penyelidikan Sekretariat Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia APPGM-SDG bersama pegawai penyelidik Parlimen Malaysia telah diadakan di Bilik Jawatankuasa 1, Blok Utama, Parlimen Malaysia. Pembentangan oleh sekretariat tertumpu kepada isu on-the-ground di 10 (sepuluh) lokasi projek pilot yang dilaksanakan oleh APPGM-SDG seperti perancangan pembangunan, kumpulan sasaran, penyampaian dan pelaksanaan penyelidikan, impak Covid-19, model ekonomi dan isu yang dibangkitkan ketika kajian dijalankan. Sesi tersebut memberikan persefahaman terhadap isu dan keperluan semasa diantara kedua-dua pihak.