Pengenalan

SISTEM MyPRESS

Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan (BPP) telah menambah baik perkhidmatan permohonan ahli Parlimen dengan mewujudkan Sistem Pengurusan Pengetahuan (KMS) yang dikenali sebagai Sistem Perkhidmatan Penyelidikan Parlimen Malaysia (MyPRESS). MyPRESS dilancarkan pada 15 Julai 2020 bertujuan untuk memberi kemudahan permohonan penyelidikan secara dalam talian khusus kepada ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

MyPRESS juga menyediakan perkhidmatan permohonan statistik dan data terkini, permohonan analisis berkaitan isu-isu semasa dan lain-lain maklumat yang boleh membantu Ahli Parlimen ketika perbahasan dewan. Sistem ini dilengkapi dengan kemudahan permohonan ikhtisar dan nota percakapan (INP) untuk kegunaan ahli Parlimen yang dipohon oleh persidangan-persidangan antarabangsa melalui Bahagian Protokol dan antarabangsa (BPAP). Selain itu, sistem ini juga berfungsi sebagai depositori hasil penyelidikan oleh para penyelidik BPP.

Slick Playground

 

Kemaskini Terakhir pada: 08/05/2021
Paparan menarik, 1440 x 949 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.

© e-PRS Bahagian Penyelidikan Dan Perpustakaan Parlimen Malaysia - 2021

Scroll Up