Parlimen Malaysia menganjurkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Parlimen Malaysia yang diadakan pada 21 April 2022 sempena Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Rashid Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Program “Jom Baca Bersama 10 Minit” mula dilaksanakan pada tahun 2014. Selari dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia 2020 dengan slogan ‘KL Baca ! – Caring Through Reading’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2018 menyarankan seluruh sektor perpustakaan di semua Kementerian / Jabatan / Agensi mejayakan program ini bagi merealisasikan Malaysia sebagai Negara membaca dan meningkatkan peratusan rakyat Malaysia membaca.
Program ini merupakan inisiatif ke arah membentuk masyarakat minat membaca walaupun dalam tempoh yang singkat (10 minit). Ia merupakan sokongan semua perpustakaan di Malaysia bersama-sama pihak kerajaan untuk meningkatkan tabiat budaya membaca dalam kalangan masyarakat
Sambutan Program Jom Baca Bersama 10 Minit turut disi dengan sesi Bicara Buku oleh Penulis dari Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd yang membicarakan topik mengenai “Muamalat dan Perbankan Islam serta Ceramah Biblioterapi yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr Norhayati Husin dari Fakulti Pengajian maklumat, Universiti Teknologi MARA Shah Alam.
Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd telah menyumbang seratus naskhah bahan bacaan dan membuka kaunter jualan sempena program ini.