10 – 11 Oktober, 2023 – ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) dengan kerjasama United Nations Women dan United States Agency for International Development (USAID) telah menganjurkan 1st Workshop on Strengthening Women’s Resilience and Leadership in ASEAN Through the Development of a Plan of Action on Promoting Women’s Political Participation, di Ascott Sudirman, Jakarta, Indonesia. Penganjuran bengkel ini adalah susulan penerimaan Resolution on Enhancing ASEAN Resilience Through Women Leadership and Gender-Responsive Parliaments oleh Persidangan Agung AIPA ke-44, di mana Women Parliamentarians of the ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (WAIPA) telah sebulat suara menyokong agar ASEAN Plan of Actions on Women’s Political Participation dibentuk. Sehubungan itu, Sekretariat AIPA telah mengambil inisiatif untuk membentuk satu projek yang dinamakan sebagai Strengthening Women’s Resilience and Leadership in ASEAN Through the Development of a Plan of Action on Promoting Women’s Political Participation. Pembentukan projek ini, secara tidak langsung telah mencerminkan komitmen WAIPA terhadap usaha untuk memperkasakan penglibatan wanita dalam arena politik terutamanya di peringkat ASEAN. Selain itu, projek ini juga merupakan kesinambungan daripada keputusan yang dicapai dalam Regional Meeting on Promoting Women’s Leadership and Political Participation in ASEAN yang dibuat pada tahun 2014.
Bagi menyokong usaha WAIPA untuk memperkasakan penglibatan wanita dalam arena politik, AIPA telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan dua siri bengkel, iaitu bengkel pertama pada bulan Oktober 2023 dan bengkel kedua dijangka akan diadakan pada bulan Februari 2024.
Bengkel pertama yang dianjurkan pada 10 – 11 Oktober 2023 telah mendapat sambutan baik daripada setiap negara ahli AIPA. Selain Malaysia, negara ahli yang mengambil bahagian ialah Brunei, Cambodia, Filipina, Indonesia, Lao PDR dan Timor Leste. Bengkel ini telah dirasmikan oleh H.E Ar Siti Rozaimeriyanty Dato Haji Abdul Rahman, Setiausaha Agung AIPA, dan diikuti dengan ucapan oleh H.E. Vicky Singmin, Duta Kanada ke ASEAN, Jamshed Kazi, wakil United Nations Women ke Indonesia merangkap Pegawai Perhubungan ASEAN, dan akhirnya oleh H.E. Kate Rebholz, Deputy Chief of Mission kepada U.S. Mission ke ASEAN.
Seramai tiga orang Ahli Parlimen Malaysia telah mengambil bahagian dalam bengkel ini, iaitu YB Datuk Jonathan Yasin, Ahli Parlimen Ranau selaku Ketua Delegasi, YB Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi, Ahli Parlimen Tumpat dan YB Hajah Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Ampang. Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan turut menghantar seorang Pegawai Penyelidik dari Seksyen Sosial dan Pembangunan Sumber Manusia untuk menyertai bengkel ini.
Pada asasnya, bengkel ini dianjurkan bertujuan mempertingkat kesedaran Ahli Parlimen, terutamanya dalam kalangan wanita dan generasi muda, terhadap kepentingan untuk memperkasakan penglibatan wanita dalam arena politik. Bengkel ini juga diharapkan dapat menjadi platform bagi Ahli Parlimen, untuk saling bertukar fikiran dalam merangka polisi dan perundangan yang bersifat responsif gender, terutamanya dalam perkara berkaitan isu keamanan dan keselamatan wanita, perubahan iklim dan risiko yang dibawa oleh bencana alam serta cabaran dalam mendepani pasca Covid-19. Sehubungan itu, Sesi Plenari Pertama memberi penekanan kepada topik yang berikut:
-
Session 1: Scene Setting – to provide context, a basic concept, significance, standpoint and understanding of the importance of women’s political participation.
-
Session 2: Current State of Affairs from Regional Context
Selain itu, sesi perbincangan turut diadakan, di mana peserta telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu, merah, oren dan biru. Dalam sesi perbincangan ini, setiap kumpulan ditugaskan untuk merungkai dan memberi penyelesaian kepada topik yang berikut:
-
Sesi Perbincangan 1:
Kumpulan Merah: Violence of women in politics (VAWIP)
Kumpulan Biru: Substantive representation of women
Kumpulan Oren: Role of political parties and political institutions to promote an enabling environment for women’s leadership and political participation.
- Sesi Perbincangan 2: Gender-sensitive Parliaments and Gender-Responsive Policy decision-making to ensure inclusive governance and sustainable development.
Sesi Plenari Kedua pula menyaksikan ketiga-tiga delegasi Malaysia diberi penghormatan untuk membentangkan hasil perbincangan yang dibuat dalam Sesi Perbincangan 1 dan 2. Ketua delegasi Malaysia, iaitu YB Datuk Jonathan Yasin dijemput untuk membentangkan rumusan bagi Kumpulan Biru, YB Hajah Rodziah Ismail pula membentangkan hasil rumusan bagi Kumpulan Merah dan YB Datuk Hajah Mumtaz Md Nawi membentangkan rumusan mengikut perspektif Kumpulan Oren. Hasil rumusan bagi setiap kumpulan ini seterusnya digabungkan untuk dijadikan asas kepada penggubalan Plan of Action (PoA) on Promoting Women’s Political Participation yang kemudiannya dibentangkan oleh Sekretariat AIPA dalam Sesi Plenari 3.
Susulan pembentangan draf PoA oleh Sekretariat AIPA, peserta sekali lagi dibahagikan kepada tiga Kumpulan (Oren, Merah, Biru) untuk membincangkan dan memberi maklum balas kepada kandungan draf tersebut. Dapatan dan pandangan yang dikemukakan oleh setiap kumpulan kemudiannya dibentangkan untuk pengetahuan setiap peserta oleh Sekretariat AIPA dalam Sesi Plenari Keempat.
Bengkel ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh Putri Maha Lima, Timbalan Setiausaha Agung AIPA dan juga Dr. Steven Olive, Mission Director, USAID Regional Development Mission bagi Asia.