NOTA PERBAHASAN

Reformasi Institusi: Memperkukuhkan Peranan dan Fungsi Asian International Arbitration Centre (AIAC)


Mar 08, 2024 | WAN NOORZALEHA BINTI WAN HASAN | zaleha@parlimen.gov.my


Abstrak

Isu dan Cabaran Industri Herba Malaysia


Feb 05, 2024 | KHAIRIL LIZA BINTI MOHD SALLEH | khairil.liza@parlimen.gov.my


Abstrak

Malaysia mempunyai khazanah herba tempatan yang pelbagai dan berpotensi untuk diterokai dan dikomersialkan. Kadar pertumbuhan industri herba tempatan dijangka sebanyak 15.4 peratus setahun manakala pengeluaran bahan herba meningkat daripada 17,000 tan metrik kepada 73,000 tan metrik. Pasaran ekstrak herba dan tumbuhan global pula diunjurkan meningkat daripada RM145.135 bilion pada tahun 2021 kepada RM260.582 bilion menjelang tahun 2026. Malah statistik dari WHO juga menunjukkan 80 peratus penduduk di kebanyakan negara membangun masih bergantung kepada ubat-ubatan herba tradisional untuk keperluan penjagaan kesihatan utama mereka kerana keselamatan dan risiko yang lebih rendah untuk jangka masa panjang. Namun begitu, terdapat beberapa isu dan cabaran dalam memastikan industri herba Malaysia kekal relevan dan berjaya di bawa ke peringkat global. Nota perbahasan ini akan mengupas lebih lanjut isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri herba yang berpotensi bukan sahaja memberi manfaat kepada pendapatan negara, malah khasiat herba yang menyediakan seribu satu penyelesaian kepada industri perubatan dan penjagaan kesihatan dalam jangka panjang. Dapat dirumuskan bahawa Malaysia mempunyai iklim yang sesuai untuk penanaman herba. Justeru itu, Malaysia mempunyai potensi yang luas untuk mengembangkan industri herba dengan melakukan beberapa langkah strategi antaranya memperbanyakkan kajian R&D untuk mempelbagaikan produk herba, mempergiatkan aktiviti HTC, kerjasama dengan badan-badan organisasi industri herba luar negara, menjana pendapatan sampingan petani dalam penanaman herba dan mengemaskinian aplikasi HerbaXpress.

Pembinaan Kerangka Kerja Economic, Social and Governance (ESG) Ke Arah Kemampanan Pelaburan di Malaysia


Feb 05, 2024 | MUHAMMAD ANAS BIN KHAIRUL ANUAR | muhammad.anas@parlimen.gov.my


Abstrak

Penerapan amalan Economic, Social, and Governance (ESG) bukan hanya retorik semata-mata namun telah menjadi satu trend di peringkat global. Malaysia perlu bersedia untuk memperkasakan agenda pembangunan negara mampan melalui pelaksanaan amalan ESG ini. Hal yang demikian, Kerajaan dan juga pihak berkepentingan perlu berganding bahu untuk mencapai matlamat ini. Walau bagaimanapun sejauh manakah kesediaan kerajaan dalam meningkatkan pelaksanaan amalan ESG ini dalam kalangan institusi dan perusahaan di Malaysia. Penulisan ini akan membincangkan isu-isu berkaitan pembinaan kerangka kerja ESG dari segi implikasi pelaksanaanya dan cadangan penambahbaikan. Secara dasarnya, pelaksanaan amalan ESG ini akan dapat memberi manfaat yang baik terhadap ekonomi negara namun penelitian yang lebih terperinci perlu dilihat dari semua aspek untuk menjamin pembangunan yang lebih kompetitif dan berdaya saing.

Refugee Management in Malaysia: Implication and Future Direction


Jan 30, 2024 | NUR AZYAN SHALIHAH BINTI. MOHD SHAFEE | azyan.shalihah@parlimen.gov.my


Abstrak

Managing refugees in Malaysia has become more complex each year. This writing presents a multifaceted analysis of the challenges, implications, and future directions. It also underscores the urgency of addressing the humanitarian plight of the Rohingya people, driven by persecution and violence. Examining the implications of the uncontrolled refugee influx, the writing unveils the burdens placed on the Malaysian government and local communities. It highlights the financial, social, and security challenges faced by the host nation and the critical issues experienced by refugees in urban centres. Furthermore, this writing advances a set of recommendations, centring on empowering the Parliamentary Select Committee on Refugee Issues. These recommendations advocate for evidence-based policy formulation, standardized protocols, alternatives to detention, transparent progress reporting, and collaborative efforts with NGOs and international organizations. In conclusion, the writing emphasizes that managing refugees in Malaysia is not solely a national concern but an opportunity for Malaysia to champion universal values of compassion and justice.

Transformasi Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Terhadap Persekitaran VUCA (Volatility, Uncertainty, Complexity and Ambiguity) dalam Konteks Keselamatan Abad Ke-21: Ancaman dan Cabaran


Jan 22, 2024 | EMILYA ELMY BINTI MAT DERIS | admin.eprs@parlimen.gov.my


Abstrak

Abad ke-21 telah menyaksikan perubahan dalam landskap keselamatan yang penuh dengan dilema meliputi situasi VUCA (Volatility/ketidaktentuan, Uncertainty/ketidakpastian, Complexity/kerumitan, Ambiguity/kekaburan) dalam persekitaran antarabangsa. Perubahan ini memerlukan Angkatan Tentera (ATM) melaksanakan transformasi bagi menangani cabaran dan implikasi yang pelbagai dengan berkesan oleh persekitaran dinamik ini. Penulisan ini meneliti transformasi dalam ATM yang memberi tumpuan kepada kemunculanancaman baru dan cabaran yang ditimbulkan oleh unsur-unsur VUCA kepada keselamatan negara. Penulisan ini juga mengulas berkenaan integrasi teknologi, langkah keselamatan siber dan kerjasama serantau sebagai aspek evolusi ATM untuk memenuhi permintaan terhadap aspek keselamatan masa kini. Ketika Malaysia meletakkan dirinya untuk menghadapi cabaran abad ke-21, transformasi ATM muncul sebagai usaha untuk menjaga keselamatan dan kestabilan negara di tengah-tengah landskap VUCA. Oleh yang demikian, pemahaman tentang isu keselamatan kompleks yang dihadapi pada hari ini menekankan betapa pentingnya ATM untuk menyesuaikan diri dan terus berkembang sebagai tindak balas kepada persekitaran VUCA untuk mengekalkan kestabilan di rantau ini. Dapat dirumuskan bahawa adalah wajar untuk sistem pertahanan negara dikaji dan ditambahbaik selaras dengan perkembangan teknologi serta kepelbagaian bentuk ancaman tidak dapat dijangka agar situasi kecemasan ini dapat ditangani segera dan mengekalkan keutuhan sistem pertahanan negara.

Social Housing for Environment Sustainability and Liveability


Jan 19, 2024 | AMY TAM LAY CHOON | amytam@parlimen.gov.my


Abstrak

The social housing sector in Malaysia has made significant progress from its original purpose of providing shelter to urban squatters and the city's poor. However, there are still more needs to be done to achieve sustainability and liveability goals as outlined in the Madani Economy Framework and SDG Goal 11 on sustainable cities and communities. Setting the targeted volume goal is not enough, in which housing development must also be designed to promote positive communities and harmonious family life. It should prioritise achieving liveability while leading the transformation to a sustainable and decarbonised built environment. The Uniform Building By-Laws 1984 provides for building code requirement in non-residential buildings to achieve energy efficiency. There is no specific building requirement for residential buildings, and it is left to be determined and guided by the state and local government. Global initiatives show that government-led social housing is promoting energy-efficient building, renewable energy systems, water conservation measures, effective waste management and sustainable mobility options. This write-up examines the rationale behind making housing environmentally sustainable and showcase examples of effective social housing practices. Providing environmentally sustainable and liveable PPR are challenging but achievable.

Transformasi kurikulum sekolah rendah, asas pembentukan karamah insaniah pelajar


Jan 18, 2024 | SAYANI BINTI UMAR | sayani@parlimen.gov.my


Abstrak

Penulisan ini memperihalkan pelaksanaan kurikulum pendidikan peringkat sekolah rendah dengan melihat kepada perkembangan kurikulum semenjak tahun 1955 sehingga tahun 2023. Kurikulum sekolah rendah secara rasmi telah digubal pada tahun 1955, dan sehingga kini telah mengalami perubahan sebanyak empat kali berdasarkan keperluan pendidikan semasa. Pelbagai isu pelaksanaan kurikulum yang banyak disuarakan oleh masyarakat hari ini, memberi kewajaran agar suatu semakan atau transformasi dilakukan secepat mungkin. amalan kurikulum yang fleksibel dengan autonomi yang cukup kepada sekolah dan guru seperti yang diamalkan di negara-negara maju wajar menjadi panduan dan diikuti secara menyeluruh. Dapat dirumuskan bahawa suasana pembelajaran yang menyeronokan sesuai dengan fitrah usia murid perlu menjadi amalan baru untuk menarik minat pelajar ke sekolah. Perkara ini perlu dilaksanakan agar hasrat Kementerian Pelajaran untuk menerapkan karamah insaniah pelajar dapat direalisasikan dan matlamat pendidikan rendah negara dapat dipenuhi selari kehendak Falsah Pendidikan Negara.

Pemerkasaan Hak Orang Kurang Upaya Melalui Perundangan


Dec 27, 2023 | ROZANA BINTI ABDULLAH | rozana@parlimen.gov.my


Abstrak

Penulisan ini akan melihat kepada keberkesanan perlaksanaan Akta Orang Kurang Upaya 2008 dan mencadangkan beberapa penambahbaikan yang dilihat berpotensi untuk memperkasakan golongan OKU. Di samping itu, penulisan ini akan turut melihat kepada akta-akta lain yang boleh diguna pakai bagi menangani isu yang membelenggu golongan OKU dan juga konvensyen antarabangsa yang berkaitan dengan OKU. Dapat disimpulkan bahawa usaha untuk memperkasakan hak golongan OKU melalui perspektif perundangan wajar mendapat perhatian segera oleh semua pihak, terutamanya KPWKM yang memikul tanggungjawab utama dalam membela dan melestari kehidupan golongan OKU.

Prospek Industri Durian Malaysia


Dec 25, 2023 | KHAIRIL LIZA BINTI MOHD SALLEH | khairil.liza@parlimen.gov.my


Abstrak

Buah Durian merupakan antara buah-buahan tropika yang sangat popular di kebanyakan negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Sejak kebelakangan ini, buah durian telah mendapat perhatian dalam pasaran tempatan dan luar negara serta turut disebut sebagai sumber kekayaan baharu negara. Permintaan durian untuk pasaran global dijangka mencecah USD30 billion menjelang tahun 2025. Sehubungan itu, Malaysia telah mengambil pelbagai langkah untuk menjadikan industri durian Malaysia terus relevan pada pasaran antarabangsa. Malaysia mengeksport produk berasaskan durian seperti kek dan roll durian, wafer, roti, biskut dan coklat berperisa durian dan ais krim durian. Namun begitu, terdapat beberapa isu dan cabaran yang menjadi kekangan dalam memastikan industri durian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar durian segar dan produk durian. Nota perbahasan ini akan mengupas lebih lanjut isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri ini. Memandangkan pasaran negara China masih luas untuk diceburi kerana kurang daripada 1 peratus daripada populasi China yang pernah merasai durian keluaran Malaysia maka industri durian Malaysia berpotensi untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada negara. Industri durian Malaysia mempunyai kelebihan dalam segi pengalaman, penambahbaikan R&D perladangan, cuaca dan tanah yang subur untuk memantapkan kualiti buah durian serta peningkatan teknik pemasaran dapat meningkatkan pendapatan industi durian negara.

Memacu Era Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di Malaysia


Dec 24, 2023 | SITI MASTURA BINTI OYOP | mastura@parlimen.gov.my


Abstrak

Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS-Carbon Captured, Utilisation and Storage) atau Penangkapan dan Penyerapan Karbon (CCS- Carbon Capture and Storage) merupakan teknologi penting yang bertujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan memerangi perubahan iklim. Beberapa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia telah menjadikan CCUS sebagai peruntukan di dalam akta berkaitan peralihan tenaga. Oleh itu, penulisan ini mengetengahkan beberapa faktor yang mendorong kepada keperluan bagi Kerajaan membangunkan rangka kerja merangkumi pelbagai aspek, termasuk undang-undang, teknikal, kewangan, perniagaan dan percukaian, serta sumber manusia. Ini sekali gus mendorong kepada pembentukan akta khusus kepada undang-undang pengurusan CCUS/CCS agar pelaksanaan dan penguatkuasaan CCUS/CCS di Malaysia dapat dilaksanakan . Dapat dirumuskan bahawa CCS merupakan penyelesaian paling berdaya maju pada masa ini untuk mengurangkan pelepasan karbon dan usaha penggiat industri melaksanakan projek CCS luar pesisir akan menjadi inisiatif perintis penting dalam peralihan seluruh dunia ke arah mencapai pelepasan karbon bersih-sifar.