Visi & Misi

Sejarah Bahagian Penyelidikan & Perpustakaan

Bahagian Penyelidikan Parlimen Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Unit Penyelidikan) mula ditubuhkan pada Oktober 2005. Pada peringkat awal penubuhannya, Unit Penyelidikan hanya mempunyai 10 (sepuluh) orang pegawai penyelidik dan dibantu oleh seorang pembantu pejabat.

Selari dengan keperluan tugas yang semakin meningkat, unit ini telah distruktur semula dan telah dinaiktaraf menjadi Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan (BPP) pada 1 Januari 2014, melalui Arahan Pentadbiran Bil. 1/2014, Rujukan PAR.KPPM/1.1 (3).

Empat seksyen baharu telah diwujudkan iaitu Seksyen Ekonomi, Seksyen Sosial, Seksyen Sains, Tenaga dan Teknologi serta Seksyen Antarabangsa dan Keselamatan.  Sehingga kini, bahagian ini mempunyai seramai 15 (lima belas) orang penyelidik yang diketuai oleh seorang Setiausaha Bahagian (SUB).

Pegawai Penyelidik Parlimen merupakan individu yang mempunyai pengalaman pekerjaan 10 tahun dan ke atas di dalam bidang-bidang tertentu dan mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sarjana/ Sarjana Muda di dalam jurusan undang-undang; ekonomi dan kewangan; sains, teknologi dan alam sekitar; sains politik dan perhubungan antarabangsa dan sains sosial.

Seksyen Antarabangsa dan Keselamatan

Seksyen Ekonomi

Seksyen Sains

Seksyen Sosial

Visi Bahagian Penyelidikan & Perpustakaan

Parlimen Malaysia sebagai institusi perundangan yang bebas, berwibawa dan bertaraf dunia.

Misi Bahagian Penyelidikan & Perpustakaan

Pemposisian Penyelidikan dan Perpustakaan Bertaraf Dunia.

RISALAH PENYELIDIKAN

RISALAH PERPUSTAKAAN

Slick Playground

 

Kemaskini Terakhir pada: 08/05/2021
Paparan menarik, 1440 x 949 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.

© e-PRS Bahagian Penyelidikan Dan Perpustakaan Parlimen Malaysia - 2021

Scroll Up