Meja Bulat Kesejahteraan Sosiobudaya Malaysia MADANI 2023 bertemakan “Menyemai Kesejahteraan Menyubur Perpaduan” merupakan program anjuran bersama Parlimen Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program ini bermatlamat untuk mengumpulkan Ahli-ahli Parlimen, ahli akademik, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), penggubal dasar dan pemimpin masyarakat bagi menyumbang idea dalam memantapkan pemahaman dan penghayatan mengenai isu latar sosiobudaya Malaysia MADANI. Program satu hari ini dilaksanakan melalui sesi perbincangan dan sumbang saran idea berdasarkan empat tajuk yang diselaraskan dengan tonggak Malaysia MADANI. Penganjuran Meja Bulat Kesejahteraan Sosiobudaya Malaysia MADANI 2023 ini juga adalah seiring dengan usaha “Merakyatkan Parlimen” yang terangkum dalam agenda Transformasi Parlimen Malaysia.
Tarikh : 29 Ogos 2022 (Selasa)
Tempat : Blok Utama, Parlimen Malaysia
Masa : 8:30 pagi – 5:30 petang
Pautan program :
SIARAN LANGSUNG : Sesi 1 | Kesejahteraan, Inovasi dan Pertumbuhan Ekonomi
https://www.youtube.com/watch?v=7mKV3JU7Mlc
SIARAN LANGSUNG : Sesi 2 | Pendidikan, Nilai Budaya dan Pembangunan Insan
https://www.youtube.com/watch?v=PFqoe_QuaE8
SIARAN LANGSUNG : Sesi 3 | Keselamatan, Perpaduan Nasional dan Pengukuhan Institusi
https://www.youtube.com/watch?v=BfVRAYcSCqI
SIARAN LANGSUNG : Sesi 4 | Perubahan Iklim dan Kelestarian Ekosistem Persekitaran
https://www.youtube.com/watch?v=rrAAIItw6f8
SIARAN LANGSUNG : Rumusan Meja Bulat Kesejahteraan Sosiobudaya Malaysia Madani 2023 | 29 Ogos 2023
https://www.youtube.com/watch?v=X7m0AOF9pqM
AGENDA PROGRAM
Sesi 1: Kesejahteraan, Inovasi dan Pertumbuhan Ekonomi
Sesi ini cuba mengetengahkan isu utama berkaitan persoalan ekonomi masyarakat terutama masyarakat umum peringkat bawahan di samping menemukan usaha untuk mempergiatkan program kesukarelawanan yang lebih menyeluruh dengan program yang lebih efektif malah menyediakan Malaysia sebagai penyedia khidmat sukarelawan yang dihormati oleh negara luar. Turut diberi perhatian adalah berkaitan perancangan ekonomi negara dalam menuju kesejahteraaan yang bermakna kepada seluruh masyarakat Malaysia.
AHLI PANEL |
Profil: YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah Latar Belakang: YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Paya Besar sebelum dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Pahang. Pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia. Beliau yang juga Ahli Persatuan Komanwel juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Setiausaha Parlimen dan Setiausaha mantan Menteri Pendidikan di Kementerian Pengajian Tinggi. Pada 9 Mac 2020, beliau dilantik Timbalan Menteri Kewangan II. Kini merupakan Ahli Parlimen Paya Besar dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi. |
Profil: YBhg. Dato’ Zuraidah Atan Latar Belakang: YBhg. Dato’ Zuraidah Atan merupakan Profesor Adjung di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian dari University of Buckingham, England dan merupakan pengamal undang-undang di Tetuan Zuraidah Atan. Beliau juga merupakan wanita pertama daripada kalangan Bumiputera yang mengetuai bank di Malaysia dari tahun 1999-2003 dengan 30 tahun pengalaman dalam industri perbankan dan kewangan. Memulakan karier sebagai Ahli Lembaga Pengarah kepada beberapa intitusi seperti HSBC Bank Malaysia Berhad, MBSB Berhad, Petron Malaysia, Northport (NCB Holdings Berhad), beliau kemudian berkhidmat di Public Interest Director di Bursa Malaysia Berhad, Bursa Malaysia Derivatives Berhad dan Bursa Malaysia Derivatives Clearing Berhad sehingga tahun 2017. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Board Audit Committee di SP Setia Berhad dan merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah bagi SP Setia Foundation sehingga Julai 2023. Selain itu, beliau pernah berkhidmat lebih daripada 11 tahun sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kenanga Islamic Investors Berhad. Pada 11 Mei 2023, beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah kepada Pengurusan Aset Air Berhad. |
Profil: YBrs. Tuan Ho Mun Hao Latar Belakang: YBrs. Tuan Ho Mun Hao merupakan CEO di TF Value-Mart Sdn Bhd. Sebelum menyertai TF Value Mart Snd Bhd, YBrs. Tuan Ho Mun Hao pernah berkhidmat sebagai Regional Manager di GCH Retail (2003-2006), Marketing Director di Dairy Farm Group (2006-2012), Head of Retail Operations di Courts Malaysia Sdn Bhd (2012-2014) dan Vice President di Astro GS Shop dari tahun 2014 hingga tahun 2015. |
MODERATOR |
Profil: YBrs. Prof. Dr. Ramlee Ismail Latar Belakang: Yang Berusaha Prof. Dr. Ramlee Ismail merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Ekonomi Pendidikan disamping memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi Pendidikan dari University of Stirling, Scotland. Selain itu, beliau juga sangat aktif dalam penyelidikan dan penerbitan jurnal dan artikel. Disamping mempunyai pengalaman yang sangat luas sebagai penilai jurnal-jurnal ekonomi dan pengurusan, beliau juga merupakan seorang editor, pemeriksa tesis penyelidikan dan penerima Anugerah Model Kompetensi Pemimpin Pertengahan Institusi Pendidikan 2021. |
Sesi 2: Pendidikan, Nilai Budaya dan Pembangunan Insan
Sesi ini diharapkan mampu membawakan isu sebenar dan terkini berkaitan nilai dan sikap budi dalam masyarakat seterusnya mengetengahkan dasar-dasar sosial dan pendidikan yang boleh diangkat untuk diperkasakan oleh setiap anggota masyarakat di samping sokongan padu oleh agensi berkaitan. Pada masa yang sama, isu utama berkaitan identiti dan permasalahan komuniti minoriti seperti masyarakat Siam di Malaysia. Dasar-dasar baharu juga boleh dicadangkan dengan mengambil kira keperluan sebenar masyarakat pada hari ini terutama berkaitan dengan pendidikan, nilai budaya, dan identiti setiap suku kaum di negara ini.
AHLI PANEL |
Profil: YB Senator Tuan Aknan Ehtook |
Profil: YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong |
Profil: YBrs. Prof. Dr. Abdul Rahim Razalli |
MODERATOR |
Profil: YBrs. Dr. Mohd Faridh Hafez Mhd Omar |
Sesi 3: Keselamatan, Perpaduan Nasional dan Pengukuhan Institusi
Sesi ini bertujuan untuk merungkaikan isu perpaduan yang begitu penting dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Permasalahan asas dan menekan perlu ditangani dengan segera dengan memberi fokus kepada kelompok khusus bagi menjamin perpaduan yang berterusan dalam masyarakat di negara ini. Dasar-dasar sosial dan isu sebenar dalam aspek keselamatan negara boleh dikenalpasti dan diberi tumpuan untuk dikaji dan dinilai secara kritis demi mencari solusi yang lebih menyeluruh dan bermakna. Pada masa yang sama, pengukuhan perpaduan dengan mengambil kira pengalaman dan amalan di negeri yang dikira mencapai perpaduan terbaik di negara ini yakni Sarawak boleh dibentuk untuk memunculkan model dan pendekatan untuk diperkembangkan ke seluruh negara.
AHLI PANEL |
Profil: YB Senator Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian |
Profil: YBhg. Prof. Dato Dr. Sivamurugan Pandian |
Profil: YBrs. Prof. Dr. Yarina Ahmad |
Profil: YBrs. Tuan Lokman Effendi Ramli |
MODERATOR |
Profil: YBrs. Dr. Nizamuddin Alias |
Sesi 4: Perubahan Iklim dan Kelestarian Ekosistem Persekitaran
Sesi bertujuan mampu mengangkat isu dan permasalahan alam sekitar dan kelestarian yang begitu penting dalam masyarakat moden dan berteknologi pada hari ini. Permasalahan asas dan menekan perlu ditangani dengan segera dengan memberi fokus kepada perlaksanaan dasar yang sedia ada dan kesediaan ahli masyarakat pelbagai peringkat bagi menjayakan hasrat negara. Dasar-dasar ini juga boleh dikenalpasti dan diberi tumpuan untuk dikaji dan dinilai secara kritis demi mencari solusi yang lebih menyeluruh dan bermakna. Pada masa yang sama, pengukuhan penglibatan pihak swasta dan NGO boleh dirangka dengan lebih teliti dengan mengambil kira pengalaman dan amalan luar negara untuk mewujudkan model atau rangka kerja bagi menangani perubahan iklim dan cabaran yang berkaitan dengannya.
AHLI PANEL |
Profil: YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man |
Profil: YBrs. Tuan Ts. Shamsul Bahar bin Mohd Nor Latar Belakang: YBrs. Tuan Ts. Shamsul Bahar bin Mohd Nor mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri teknologi, Berpengalaman luas dalam bidang teknologi, beliau kini menyumbang kepakarannya sebagai Profesor Adjung di Universiti Teknologi Malaysia, Ahli Majlis bagi Professional Alliance for Circular Economy di Universiti Teknologi Petronas, dan Perwakilan Negara dalam Jawatankuasa ALP di LEDS Partnership. Pernah menerajui beberapa jawatan kepimpinan yang penting dalam pelbagai organisasi seperti Sustainable Business Network Association Malaysia, Green Growth Asia Foundation, dan Planters Industrial Cooperative serta menjadi ahli Jawatankuasa Pakar Industri HRD Corp. Beliau kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MGTC |
Profil: Tuan Mohammed Azmil Ismail |
MODERATOR |
Profil: YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim |
ALAMAT
Bahagian Penyelidikan Dan Perpustakaan
Aras Bawah, Blok Utama,
Bangunan Parlimen,
Parlimen Malaysia,
50680,Kuala Lumpur
No.Tel: +603 26017310
E-mel: admin.eprs@parlimen.gov.my
Waktu Operasi: 8 pagi sehingga 5 petang
electronic-Parliamentary Research System (e-PRS)
Kemaskini Terakhir pada: 15hb Ogos 2024
Paparan menarik, 1440 x 949 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.