MAJLIS PERASMIAN PAMERAN KOLEKSI MANUSKRIP DAN NADIR & PELANCARAN SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT PARLIMEN MALAYSIA
PAMERAN KOLEKSI MANUSKRIP DAN NADIR PARLIMEN MALAYSIA
Pameran ini bermula pada 18 November 2021 mengetengahkan koleksi manuskrip dan nadir Parlimen Malaysia yang terpilih. Koleksi ini merangkumi empat kategori utama iaitu Prosiding, Undang-undang, Pembangunan Negara dan Diplomasi Parlimen. Koleksi terpilih ini seiring dengan tema “Citra Tinta Warisan Parlimen” yang merupakan gambaran kepada sejarah Parlimen. Terdapat lebih 40 bahan manuskrip dan bahan nadir terpilih yang dipamerkan. Pameran ini akan diadakan sepanjang November 2021 hingga Januari 2021.
SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT PARLIMEN MALAYSIA
(18 NOVEMBER – 17 DISEMBER 2021)
Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Parlimen Malaysia yang bertemakan ‘Bahasa Dijunjung Budi Disanjung’ diadakan bertujuan mempamerkan jati diri dan citra Ahli-ahli Parlimen serta warga Parlimen Malaysia terhadap bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Bagi mengimarahkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan ini, Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan mengambil inisiatif untuk menganjurkan pelbagai aktiviti menarik seperti diskusi bertajuk Janji Temu Bersama Ras di Bernama TV, Kuiz Cakna Bahasa, Pertandingan Berbalas Pantun, Pertandingan Tulisan Jawi, Pertandingan Bercerita, dan Pertandingan Mendeklamasi Sajak.
RAKAMAN JANJI TEMU BERSAMA RAS
Program ini merupakan slot rakaman yang mengupas isu-isu semasa berkenaan penggunaan Bahasa Kebangsaan serta mengenalpasti kaedah pemantapan Bahasa Kebangsaan di Malaysia. Selain itu, program ini diharap mampu mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan penguasaan Bahasa Kebangsaan di kalangan Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia .
PANEL |
Bahasa Dijunjung, Budi Disanjung Siri 1: YB Dr. Maszlee Malik merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam (P151) dan bekas Menteri Pendidikan Malaysia (2018-2020). Sekarang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah Universiti Islam Malaysia (UIAM) daripada tahun 2000 hingga 2018. |
Bahasa Dijunjung, Budi Disanjung Siri 2: YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Beliau memulakan kariernya pada tahun 1987 sebagai Peguambela dan Peguamcara setelah menerima Ijazah Sarjana Muda Perundangan dari Universiti Malaya pada tahun 1986. Pada Ogos 2018, beliau telah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara. Beliau juga telah memenangi jawatan Naib Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) pada November 2018 dalam pemilihan parti pada tahun tersebut. Pada tahun yang sama, beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP) badan pemikir yang diiktiraf sejak tahun 1996. |
Bahasa Dijunjung, Budi Disanjung Siri 3: Dato’ Dr. Madeline Berma menerima Doktor Falsafah dari Universiti Hull, England; Sarjana Sastera dari Universiti Wisconsin-Madison USA; dan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah Felo Akademi Sains, Malaysia. Beliau kini berkhidmat sebagai Pesuruhjaya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Persaingan Malaysia. Beliau merupakan Profesor Madya di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sehingga bersara pada 2018. |
MODERATOR |
Moderator : YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi (Ahli Dewan Negara) YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi telah dilantik menjadi Ahli Dewan Negara pada 20hb Mei 2020. Selain itu, beliau juga telah dilantik menjadi pengerusi Bernama pada November 2020. Beliau telah dianugerahkan sebagai Profesor Adjung PsiTra iaitu Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2021. Beliau turut dilantik sebagai Felo Terhormat Pusat Media dan Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). |
PERTANDINGAN
Sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Parlimen Malaysia, beberapa pertandingan berkonsepkan penggunaan Bahasa Kebangsaan diadakan bagi mencungkil bakat dikalangan Ahli Parlimen, warga parlimen, pegawai dan kakitangan kerajaan serta ahli keluarga mereka. Jalinan mesra dapat diwujudkan di samping memupuk semangat cintakan Bahasa Kebangsaan di Parlimen Malaysia. Pertandingan yang diadakan adalah seperti:
KUIZ CAKNA BAHASA |
Kuiz Cakna Bahasa adalah salah satu pengisian sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Parlimen. Kuiz ini bertujuan meningkatkan kecintaan dan penguasaan Bahasa Malaysia dikalangan warga Parlimen dengan penilaian berkenaan tatabahasa, ejaan serta peribahasa yang dapat digunakan dalam urusan seharian. Kuiz ini akan diadakan pada :
|
PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN |
Pertandingan Berbalas Pantun ini merupakan suatu usaha untuk mewarisi puisi tradisional ini dihayati dan dihargai oleh semua golongan masyarakat terutama Ahli Parlimen dan Warga Kerja Parlimen. Ia juga diharap dapat menyuntik semangat kecintaan kepada adat tradisi dan keindahan Bahasa Malaysia dan memperkasakan penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan warga Parlimen serta menarik perhatian peserta untuk mengunjungi pameran yang sedang dijalankan. Pertandingan berbalas pantun ini akan diadakan pada: |
PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK |
Program Pertandingan Deklamasi Sajak diadakan bertujuan untuk mengcungkil bakat dan meningkatkan minat semua warga Parlimen, pegawai-pegawai kementerian yang bertugas di Parlimen dan semua Ahli Parlimen dalam bidang bahasa. Di samping itu pertandingan ini juga bertujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu di samping menyemarakkan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pertandingan deklamasi sajak akan diadakan pada:
|
PELANCARAN BUKU TONGGAK DEMOKRASI DAN LEGISLATIF NEGARA
Buku Parlimen Malaysia yang diberi tajuk, Tonggak Demokrasi dan Legislatif Negara akan dilancarkan oleh YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim (Yang di-Pertua Dewan Negara) di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia. Idea penulisan buku ini dicetuskan demi mendokumentasikan pelbagai aspek berkaitan institusi Parlimen Malaysia dalam bahasa yang mudah difahami di samping menjadi sumber rujukan masyarakat awam.
ALAMAT
Bahagian Penyelidikan Dan Perpustakaan
Aras Bawah, Blok Utama,
Bangunan Parlimen,
Parlimen Malaysia,
50680,Kuala Lumpur
No.Tel: +603 26017310
E-mel: admin.eprs@parlimen.gov.my
Waktu Operasi: 8 pagi sehingga 5 petang
electronic-Parliamentary Research System (e-PRS)
Kemaskini Terakhir pada: 15hb Ogos 2024
Paparan menarik, 1440 x 949 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.