Kepimpinan Wanita: Satu Transisi Politik
Program berkonsepkan webinar ini akan dipancar secara langsung dari parlimen malaysia. saksikan bagaimana isu berkaitan penglibatan wanita dalam arena politik di malaysia dikupas oleh ahli panel yang sangat berketerampilan dalam bidang akademik dan politik di negara ini. kepimpinan wanita: satu transisi politik pastinya satu topik perbincangan yang dapat membuka mata pelbagai pihak terhadap peranan dan visibiliti wanita dalam arena politik
Ahli Panel | |
Profil: YBhg. Prof. Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin. Latar Belakang: Beliau merupakan Presiden, National Council of Women’s Organisation (NCWO). Berpengalaman dalam mengalas tugas sebagai Timbalan Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (2004-2006), Pengarah Bahagian Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (2000-2004), Bekas CEO Lembaga Akreditasi Negara dan Ahli Majlis Penasihat Wanita Negara (MPWN). | |
Profil: YB Puan Young Syefura Othman. Latar Belakang: Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Pahang. Selain itu, beliau juga merupakan Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan, Setiausaha Publisiti DAP Pahang, Ketua Pemuda Pakatan Harapan Pahang dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (2016-2018) | |
Profil: YB Senator Puan Susan Chemerai Anding Latar Belakang: Beliau merupakan Ahli Dewan Negara dengan latar belakang sebagai Setiausaha Pergerakan Parti Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan juga Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak. | |
Moderator | |
Profil: YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohammed Fadzil. Latar Belakang: Beliau merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, dengan latar belakang sebagai Pengarah Komunikasi Keadilan dan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial. | |
Belia Peduli Politik
Merupakan program berformat webinar dan akan disiarkan secara langsung dari parlimen malaysia. membahaskan tajuk “belia peduli politik” yang berkaitan peranan dan cabaran belia dalam politik dan kepimpinan negara, cadangan penambahbaikan peranan belia serta harapan belia terhadap sistem demokrasi berparlimen di malaysia.
Ahli Panel | |
Profil: YB Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman. Latar Belakang: Beliau merupakan Ahli Parlimen Muar. Menyandang jawatan sebagai Presiden MUDA. Selain itu, beliau pernah menyandang jawatan/tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan (2018-2020), dan Ketua ARMADA BERSATU (2016-2020). | |
Profil: Tharmelinggem Pillai. Latar Belakang: Beliau merupakan Pengasas Gerakan Undi 18, selain itu, beliau juga turut tersenarai 2021’s Forbes Under 30 Asia List dan merupakan penggerak kepada Gerakan #UndiSaksama, 111 Initiative | |
Profil: Azira Aziz Latar Belakang: Beliau merupakan Peguam, Aktivis Belia dan menyandang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pendanaan Liga Rakyat Demokratik. | |
Moderator | |
Profil: Hilal Azmi Latar Belakang: Beliau merupakan Ketua Inisiatif Belia dan Media Sosial, Astro AWANI. |
ALAMAT
Bahagian Penyelidikan Dan Perpustakaan
Aras Bawah, Blok Utama,
Bangunan Parlimen,
Parlimen Malaysia,
50680,Kuala Lumpur
No.Tel: +603 26017310
E-mel: admin.eprs@parlimen.gov.my
Waktu Operasi: 8 pagi sehingga 5 petang
electronic-Parliamentary Research System (e-PRS)
Kemaskini Terakhir pada: 15hb Ogos 2024
Paparan menarik, 1440 x 949 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.