Persidangan Simposium Parlimen Malaysia 2022 dengan kerjasama Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) yang bertemakan “Transformasi Parlimen Perkasa Legislatif” merupakan program ilmiah yang memberi peluang kepada ahli-ahli akademik, Ahli-ahli Parlimen serta para penyelidik bebas untuk berkongsi pendapat dan idea berdasarkan kajian penyelidikan masing-masing khususnya berkaitan isu transformasi institusi Parlimen dan isu-isu semasa.
Tarikh : 23 Ogos 2022 (Selasa)
Tempat : Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia
Masa : 8.45 pagi – 4.00 petang
Pautan Pendaftaran : Simposium Parlimen Malaysia 2022
AGENDA PROGRAM
Masa | Butiran | |
8:45 pagi | : | Ketibaan peserta
Minum pagi |
9:20 pagi | : | Ketibaan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Nyanyian Negaraku Bacaan doa |
9:30 pagi | : | Ucapan aluan – YBhg. Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Presiden PARFUM |
9:40 pagi | : | Ucapan perasmian – YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat |
10:00 pagi | : | Forum 1 : ” Transformasi Parlimen : Memperkukuhkan Kebebasan Parlimen” |
11:15 pagi | : | Forum 2 : ”Antara Keistimewaan Eksekutif dan Keistimewaan Parlimen: Cabaran Terhadap Semak dan Imbang Parlimen” |
12:30 tengah hari | : | Makan tengah hari (dihoskan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat) |
2:30 petang | : | Forum 3 : ”Marijuana untuk Perubatan: Adakah Malaysia Bersedia?” |
3:45 petang | : | Penutup
Minum petang |
FORUM 1 - TRANSFORMASI PARLIMEN : MEMPERKUKUHKAN KEBEBASAN PARLIMEN
Topik forum pertama iaitu Transformasi Parlimen: Memperkukuhkan Kebebasan Parlimen akan dibincangkan bersama dua orang ahli panel jemputan yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam sistem demokrasi terutamanya peranan dan fungsi legislatif di negara ini.
Ahli Panel | |
Profil: YB Tan Sri Azhar Azizan Harun | |
Profil: YABhg. Tun Md Raus Sharif Latar belakang: YABhg. Tun Md Raus Sharif merupakan Ketua Hakim Negara pada 1 April 2017 sehingga 31 Julai 2018. Kini beliau adalah Penaung Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (PARFUM). Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) yang ditubuhkan pada 21 Januari 2022. | |
Moderator | |
Profil: Encik Kamarul Bahrin Haron | |
FORUM 2 - ANTARA KEISTIMEWAAN EKSEKUTIF DAN KEISTIMEWAAN PARLIMEN: CABARAN TERHADAP SEMAK DAN IMBANG PARLIMEN
Perbincangan forum ini bertujuan untuk mengetengahkan kewujudan dan limitasi keistimewaan eksekutif sepertimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa 1952), dan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat serta sejauh mana ia memberi kesan kepada keistimewaan Ahli Parlimen. Ini kerana Ahli Parlimen perlu memainkan peranan semak imbang mereka secara berkesan bagi memastikan Kerajaan sentiasa bertanggungjawab terhadap segala dasar, polisi dan tindakan yang dilakukan.
Ahli Panel | |
Profil: YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad Latar belakang: YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Ahli Parlimen Setiawangsa dan menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan, Dewan Rakyat. Beliau berkelulusan undang-undang dari King’s College London dan kini adalah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Sebelum ini beliau pernah menyandang jawatan sebagai ADUN Selangor selama dua penggal antara 2008-2018, Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor dan EXCO Kerajaan Negeri Selangor 2014-2018. | |
Profil: Prof Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod Latar belakang: Prof. Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod adalah pensyarah undang-undang di Jabatan Undang-undang Sivil, Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan juga merupakan Ketua Editor Journal of the Malaysian Parliament. Memperolehi ijazah doktor falsafah dari University of Aberdeen, Scotland dan pernah dilantik sebagai Penasihat Undang-undang UIAM. Kini, beliau merupakan Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN) dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan. | |
Moderator | |
Profil: YB Datuk Khaidhirah Abu Zahar Latar belakang: Datuk Khaidirah Abu Zahar adalah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan merupakan ADUN Rim setelah memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka pada November 2021. Beliau juga memegang jawatan sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin, Melaka. | |
FORUM 3 - MARIJUANA UNTUK PERUBATAN: ADAKAH MALAYSIA BERSEDIA?
Topik forum ketiga bertajuk, Marijuana untuk Perubatan: Adakah Malaysia Bersedia? akan cuba mengupas isu, cabaran dan status cadangan penggunaan Marijuana dalam bidang perubatan di Malaysia bersama tiga orang panel yang mempunyai latar belakang dan pengalaman dalam bidang sains perubatan dan amalan undang-undang berkaitan isu ini.
Pengenalan Marijuana dalam bidang perubatan di Malaysia akan menjadi topik hangat terutamanya selepas pembentangan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14.
Ahli Panel | |
Profil: YB Dr. Kelvin Yii Lee Wuen | |
Profil: Tuan Sutekno Ahmad Belon Latar belakang: Tuan Sutekno Ahmad Belon merupakan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sejak Januari 2021. Beliau mempunyai latar belakang pendidikan di Wharton School University of Pennsylvania, Amerika Syarikat. Mula berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam pada 2003 dan mempunyai pengalaman di beberapa kementerian dan agensi kerajaan. | |
Profil: Dr. Nur Azzalia Kamaruzaman | |
Moderator | |
Profil: Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Md Abdullah Latar belakang: Tan Sri Dr. Muhammad Shafee memulakan karier dalam bidang guaman sebagai Timbalan Pendakwaraya di Jabatan Peguam Negara. Selepas tamat ijazah sarjana pada tahun 1985, beliau memulakan Messrs Shafee & Co. yang masih bergiat aktif sehingga kini. Beliau juga mempunyai kepakaran dalam bidang perlembagaan, hak asasi manusia dan undang-undang berkaitan jenayah dan fitnah. Beliau merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (PARFUM) bagi sesi 2021/2022. | |
ALAMAT
Bahagian Penyelidikan Dan Perpustakaan
Aras Bawah, Blok Utama,
Bangunan Parlimen,
Parlimen Malaysia,
50680,Kuala Lumpur
No.Tel: +603 26017310
E-mel: admin.eprs@parlimen.gov.my
Waktu Operasi: 8 pagi sehingga 5 petang
electronic-Parliamentary Research System (e-PRS)
Kemaskini Terakhir pada: 15hb Ogos 2024
Paparan menarik, 1440 x 949 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.