AIPA Caucus 2019
AIPA Caucus 2019
Mesyuarat AIPA Caucus kali ke-10 ini memfokuskan tiga agenda iaitu kebangkitan keganasan, ekstremisme dan radikalisasi dalam perspektif parlimen, meningkatkan kerjasama dalam menangani isu perubahan iklim di ASEAN serta menangani eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak.
AIPA Caucus adalah mekanisme untuk membincang, membangun dan mengharmornikan undang-undang di kalangan negara-negara ASEAN.
Mesyuarat ini menjadi satu daripada platform anggota parlimen negara-negara ASEAN berinteraksi dan membincangkan sejauh mana resolusi-resolusi yang diluluskan Persidangan Agung Tahunan AIPA dilaksanakan di negara-negara rantau ini.