Simposium

SIMPOSIUM PARLIMEN MALAYSIA

Simposium Parlimen Malaysia, merupakan sebuah program ilmiah disertai oleh panel jemputan yang terdiri daripada ahli-ahli akademik, Ahli-ahli parlimen serta para penyelidik bebas. Objektif simposium ini adalah bagi memberi peluang kepada ahli panel dari pelbagai bidang untuk berkongsi pendapat dan idea berdasarkan kajian penyelidikan masing-masing khususnya yang berkaitan dengan hal ehwal Parlimen.

 

Simposium ini menyediakan ruang untuk perbahasan dan perbincangan isu-isu semasa yang berkait rapat dengan kepentingan awam dan negara serta dapat memastikan peranan semak dan imbang dapat dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan lebih berkesan.

 

Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan mengambil inisiatif awal untuk menganjurkan simposium ini agar percambahan idea dan pertukaran pendapat yang berasaskan kepada demokrasi berpalimen.

Simposium Parlimen Malaysia 2022

Simposium Parlimen Malaysia 2022 bertemakan Transformasi Parlimen Perkasa Legislatif

2022

Simposium Parlimen Malaysia 2021

Simposium Parlimen Malaysia 2021 bertemakan Wanita dan Belia: Mewarnai Landskap Kepimpinan Negara.

2021

2023

Akan Datang

2023

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemaskini Terakhir pada: 15hb Ogos 2024
Paparan menarik, 1440 x 949 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.

 

 

Scroll Up